Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benzema sedia beraksi

    MADRID, 30 DIS – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti kelmarin menegaskan bahawa penyerang dari Perancis, Karim Benzema telah kembali ke La Liga daripada mimpi buruk Piala Dunia dengan penuh semangat dan bermotivasi tinggi.

    Pemenang Ballon d’Or, Benzema telah tersenarai dalam skuad Perancis untuk aksi Piala Dunia di Qatar, namun kecederaan paha yang dialami semasa sesi latihan memaksanya untuk menarik diri sebelum perlawanan pembukaan bermula.

    Dia kemudiannya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas kejohanan tersebut tamat di mana Perancis tewas kepada Argentina.

    “Saya tak mahu mengatakan apa-apa mengenai keputusan yang telah Perancis buat.

    Mereka mengatakan bahawa dia tidak dapat bermain dalam Piala Dunia.

    Aksi Benzema (kiri) semasa menjalani sesi latihan di Valdebebas, pinggir Madrid, baru-baru ini. – AFP

    “Kami hanya nampak seorang lelaki yang datang dengan penuh semangat dan bermotivasi tinggi,” kata Ancelotti mengenai seorang pemain yang telah beraksi dalam lebih 600 permainan sepanjang 12 musim di ibu kota Sepanyol.

    “Dia akan menjadi seorang yang sangat berguna sepanjang bahagian kedua musim ini.”

    Benzema teringin untuk menyertai Piala Dunia tahun ini selepas tidak tersenarai semasa Perancis menjadi juara dunia di Rusia empat tahun lalu.

    Dia diketepikan daripada pasukan Perancis selama lebih lima tahun kerana terpalit dengan skandal yang membabitkan bekas rakan sepasukannya, Mathieu Valbuena.

    Dalam perbicaraan berhubung hal itu pada tahun lepas, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun yang telah ditangguhkan dan juga didenda 75,000 euro.

    Benzema menjaringkan 37 gol dalam 97 kemunculannya untuk Perancis.

    Real Madrid akan menyambung musim La Liga mereka dalam pertemuan menentang Real Valladolid pada Sabtu pagi, di mana kemenangan akan membantu mereka mengatasi Barcelona yang kini berada di persada liga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda