Monday, February 24, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benzer Brunei jalankan konvoi sempena HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Kelab Benzer Brunei telah mengadakan aktiviti konvoi sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-41 kelmarin.

    Konvoi tersebut bermula dari letak kereta stadium tertutup kompleks sukan Hassanal Bolkiah menuju ke Temburong yang disertai oleh sebanyak 25 buah kenderaan jenama Mercedes Benz dan juga BMW.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan acara perlepasan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan juga Ketua Kampong Sengkarai, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan,

    Aktiviti konvoi berkenaan bertujuan untuk meningkatkan serta menanamkan kesetiaan, semangat cintakan negara dan tanah air serta mengeratkan silaturahim sesama ahli kelab sambil memupuk kerjasama dan persahabatan dengan lebih mantap. Selain itu, konvoi juga merupakan program tahunan kelab tersebut.

    Sesi bergambar ramai semasa konvoi berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda