Oleh Daniel Lim
BELAIT, 24 FEB – Sebagai sebahagian daripada konvoi tahunan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-39, 25 buah kenderaan Mercedes-Benz lama dan baharu dari Kelab Benzer Brunei telah membuat perjalanan patriotik sejauh 100km, petang kelmarin.
Diadakan bermula di helipad yang terletak di Sungai Basong, Daerah Tutong, hadir memeriahkan konvoi itu ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Kelugos dan Kampung Sinaut, Haji Ismail bin Haji Mohammad.
Bersama presiden kelab, Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd Daud yang mengetuai konvoi, kumpulan itu bergerak dari Daerah Tutong ke Daerah Belait di mana mereka membuat pusingan U di Bulatan Rasau sebelum bergerak ke Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) untuk minum petang bagi menamatkan perjalanan, dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira satu setengah jam.