Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berahino: Saya dikhianati

    LONDON, 31 Mac – Penyerang Stoke City Saido Berahino menegaskan dia tidak bersalah dan tidak mengambil dadah mendakwa seseorang memasukkan sesuatu ke dalam minumannya sehingga membawa kepada hukuman penggantungan lapan minggu pada awal musim ini.

    Pemain berusia 23 tahun itu yang berhijrah ke Stoke dari musuh tetangga West Brom pada Januari lalu, mendakwa insiden itu berlaku sewaktu dia pergi ke kelab malam.

    “Sukar untuk diterima apabila anda dikenakan penggantungan akibat perkara yang tidak anda lakukan,” katanya kepada BBC.

    Tambahnya, tahap kandungan bahan larangan dalam badannya juga amat rendah, sekali gus membuktikan dia hanya menjadi mangsa keadaan.

    “Anda pergi ke kelab malam, anda tidak tahu siapa di sekeliling dan ada orang yang sengaja mahu membunuh karier saya.

    Berahino percaya ada orang meletakkan dadah dalam minumannya. – AFP
    Berahino percaya ada orang meletakkan dadah dalam minumannya. – AFP

    “Sudah tentu, saya berada di kelab malam, jadi saya mengaku di atas sikap kurang bertanggungjawab itu.

    “Sejak itu karier saya terjejas. Malah sehingga kini saya masih tertanya-tanya siapa yang mahu memusnahkan karier saya.”

    Sejak dari itu, Berahino yang mencuri tumpuan pada kempen 2014-15 apabila muncul selaku penjaring terbanyak West Brom dengan 20 gol dalam semua pertandingan, tidak pernah beraksi buat bekas kelabnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda