Friday, May 16, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beralih jadi bandar ‘hijau’

    CHEFCHAOUEN, Maghribi – Terletak di lereng bukit di utara Maghribi, terdapatnya sebuah kota pelancongan yang sangat terkenal dengan bangunannya yang berwarna biru, dan kini datuk bandarnya cuba untuk mencampurkannya dengan warna lain – hijau.

    Chefchaouen – dikenali sebagai Chaouen dalam kalangan tempatan- ingin untuk menjadi sebuah model pembangunan mapan ketika kerajaan barat laut Afrika semakin bersinar dalam komitmennya terhadap isu alam sekitar dan masa depan yang lebih hijau.

    Contoh Aziz, seorang pekerja majlis tempatan yang berusia 40-an. Dia kelihatan berlegar-legar di sekitar kawasan bandar itu secara senyap dengan menggunakan basikal elektrik dalam melakukan pekerjaannya sebagai seorang pemeriksa tapak bangunan.

    “Ia adalah suatu cara yang praktikal dan mesra alam sekitar!” katanya.

    “Ia menghormati alam sekitar dan membolehkan kita bergerak dengan mudah tanpa menggunakan mod pengangkutan yang mencemarkan,” kata Aziz lagi.

    Seorang wanita Maghribi ketika berada di Chefchaouen, di utara wilayah Rif Maghribi semasa bulan suci Ramadan pada 21 Jun lalu. – AFP

    Mohamed Sefiani, Datuk Bandar bandar raya itu yang mempunyai 45,000 penduduk di mana para pengunjung yang berkunjung ke sana sangat mengagumi warna kebiruan di sana, berkata kini bermula hijau pada lebih daripada tujuh tahun lalu.

    “Pada bulan April 2010, majlis perbandaran telah mengambil keputusan secara sebulat suara untuk mengubah Chaouen sebagai sebuah bandar ekologi yang mapan,” katanya.

    Komitmen politik tempatan bagi projek itu adalah kuat, kata Datuk Bandar itu, namun masih banyak yang perlu dilakukan.

    “Chefchaouen masih belum menjadi sebuah bandar ekologi, namun ia pastinya akan menjadi realiti di masa akan datang,” kata Sefiani.

    “Kami berada dalam fasa peralihan. Dalam peringkat masyarakat Maghribi dan Afrika, kami adalah antara bandar yang paling maju dalam hal ini.”

    Kolam renang perbandaran yang baru dilancarkan telah dilengkapi dengan tenaga solar berdekatan dengan ‘pusat ekologi’ yang dibina daripada kontena kitar semula, yang kebanyakannya dibiayai oleh Kesatuan Eropah dan disokong oleh beberapa NGO lainnya.

    GERES Perancis – Sebuah kumpulan bagi Alam Sekitar, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Perpaduan – telah diminta untuk membantu mengubah Chefchaouen.

    “Ia adalah permintaan bandar ini. Sebab itulah kami datang ke sini untuk menyokong peralihan tenaga dan iklimnya,” kata Virginie Guy, yang menyelaraskan projek itu.

    Antara inisiatif ini adalah pusat ‘info tenaga’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga, panel fotovolta di beberapa kawasan, seperti perpustakaan perbandaran, yang menyumbang kepada pengeluaran elektrik, dan muzium berorientasikan alam sekitar juga hampir siap sepenuhnya.

    Pusat info-tenaga, Houda Hadji, menerangkan asas-asas pembinaan eko, kecekapan tenaga dan manfaat mentol lampu jimat-tenaga, antara topik penghijauan lainnya.

    “Ia mempunyai keinginan yang kuat” daripada pengunjung ke pusat itu, kata pemandu muda.

    “Ini adalah inisiatif pertama di Maghribi yang mengusahakan peningkatan tenaga dalam pembangunan, dan memberi maklumat tentang penjimatan, yang menyasarkan perniagaan dan individu persendirian,” tambahnya.

    Seorang wanita Maghribi berada di kedainya di bandar raya Chefchaouen. – AFP
    Suasana pemandangan di bandar laut Maghribi, Chefchouen, rantau utara Rif. – AFP

    Chefchaouen adalah salah satu daripada 12 lokasi Mediterranean selatan yang mendapat manfaat daripada program Eropah yang memberikannya sekitar 10 juta dirham (AS$1 juta, 900,000 euro) dan mengisytiharkan bandar itu sebagai ‘model dan pemula perubahan dalam pengurusan tenaga lestari’.

    Tetapi tidak semuanya hijau lagi di bandar biru kecil itu.

    “Tempat pembuangan sampah awam belum lagi diubah menjadi standard,” kata Datuk Bandar Sefiani.

    “Kami sedang mengusahakan tapak pelupusan dan pusat pemulihan, dan saya berpendapat bahawa menjelang tahun 2021, kami dapat menamatkan semua masalah ini.”

    Dengan adanya masjid ‘hijau’, ladang solar dan angin, bas elektrik dan larangan penggunaan beg plastik, Maghribi telah maju ke hadapan dengan dasar mesra alam sekitarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Ia cuba untuk melengkapi strategi proaktifnya dari segi tenaga hijau, yang digerakkan oleh Raja Mohammed VI.

    Akhir tahun lalu, di bandar raya Marrakesh, negara itu telah menjadi tuan rumah kepada persidangan iklim antarabangsa COP22, dan telah memulakan rancangan bercita-cita tinggi untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui.

    Di negara yang tidak mempunyai sumber hidrokarbon, sasarannya adalah untuk meningkatkan perkongsian tenaga boleh diperbaharui secara nasional kepada 52 peratus menjelang tahun 2030 (20 peratus solar, 20 peratus angin, 12 peratus hidro).

    Projek mega utama telah dirasmikan oleh raja pada Februari tahun lepas. Loji tenaga solar Noor berada di pinggir padang pasir Sahara, kira-kira 20 kilometer di luar Ouarzazate.

    Keluasan kawasan tersebut bersamaan dengan lebih daripada 600 padang bola sepak. Berjuta-juta cermin logam mengikuti matahari ketika ia bergerak melintasi langit dan menyimpan tenaga yang dikumpulkan melalui sinarnya.

    Walaupun cuba untuk mendapatkan kelayakan hijaunya, Maghribi masih mempunyai banyak halangan alam sekitar dalam menuju iklim yang bersih.

    Laporan Bank Dunia baru-baru ini yang dipetik daripada media Maghribi berkata bahawa pencemaran atmosfera di bandar-bandar utama di negara ini ‘membimbangkan’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/