Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beramal bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN 8 MAC – Dalam sama-sama menyemarakkan kedatangan bulan suci Ramadan, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Kinapahan di Kampung Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tahunan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Perubatan JPMC, Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim.

    Lebih 80 orang kakitangan JPMC dan sukarelawan dari Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS) dan Majlis Perundingan Kampung Jerudong A dan B telah menyertai kegiatan amal tersebut.

    Acara dimulai dengan sesi membersihkan kawasan tanah perkuburan, diikuti dengan bacaan tahlil dan doa.

    Dengan adanya acara berkenaan, ia bukan sahaja untuk memupuk kerjasama antara kalangan komuniti, bahkan ia juga mendidik jiwa raga untuk mengenang insan-insan yang telah kembali menghadap Ilahi sekali gus dalam sama-sama memohon rahmat kepada Maha Pencipta.

    Antara kakitangan JPMC dan sukarelawan JCHS yang menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda