BELAIT, 1 MAC – Jawatankuasa Induk Persaudaraan Baden Powell (B.P Guild) Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), baru-baru ini, telah mengadakan projek amal kemasyarakatan dengan membersihkan kawasan sekitar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Kuala Belait.
Projek yang diketuai oleh Pengerusi B.P Guild PPNBD, Pengiran Dr Haji Mohamed bin Pengiran Damit itu melibatkan ahli-ahli Jawatankuasa Induk B.P Guild PPNBC.
Menurut kenyataan yang diberikan, projek berkenaan adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diatur dan disusun sepanjang tahun 2021 selain aktiviti keagamaan, kebajikan, sosial, kerja amal, lawatan dan pameran, sekali gus untuk mempromosi B.P Guild dalam kalangan warga di negara ini.
