Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Semangat perpaduan di antara segenap lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terus menyerlah, menceriakan dan memeriahkan lagi suasana sekitar Bandar Seri Begawan apabila peminat dan penggemar sukan berbasikal, berkumpul dari awal pagi lagi untuk sama-sama memanifestasikan rasa cinta kepada raja dan negara dengan menyertai Acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2023.
Cuaca pagi yang cerah bagai membakarkan semangat para peserta untuk sama-sama menyertai acara yang menggabungkan aspek gaya hidup sihat dan rekreasi dengan hasrat untuk membentuk budaya sukan dan memantapkan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan warga negara sihat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan Ke-77 Tahun yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.