Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat hadiri Mesyuarat Majlis Sukan SEA Thailand 2025

    Oleh James kon

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Kehormat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Sukan SEA Thailand 2025 SEAGF ke-33 yang berlangsung di Bangkok, Thailand dari 11 Jun hingga esok.

    Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada persiapan untuk Sukan SEA ke-33 akan datang yang akan berlangsung tahun ini di Thailand merentasi tiga wilayah Bangkok, Chonburi, dan Songkhla dari 9 hingga 20 Disember.

    Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri Sukan SEA ke-33 daripada Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Tuan Yang Terutama Sorawong Thienthong.

    Sebanyak 50 sukan akan dipertandingkan bersama empat sukan demonstrasi dengan 574 pingat emas menjadi rebutan pada acara sukan tersebut.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri Sukan SEA ke-33 daripada TYT Sorawong Thienthong. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PEJABAT SEAGF
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Sukan SEA Thailand 2025 SEAGF ke-33.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima cenderahati daripada TYT Sorawong Thienthong.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda