Berangkat hadiri Mesyuarat SEAGF

CLARK, REPUBLIK FILIPINA, 29 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) yang juga selaku Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa SEAGF di Hotel Quest, Clark, Pampanga, di sini.

Mesyuarat dihadiri oleh Presiden SEAGF, Abraham Tolentino selaku presiden Olimpik Komiti Republik Filipina dan dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif SEAGF, Celso Dayrit adalah bersempena berlangsungnya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-30 di Republik Filipina.

Mesyuarat antara lain meluluskan minit mesyuarat yang telah diadakan di Manila, Republik Filipina pada tahun 2018.

Sementara itu, mesyuarat juga turut memperdengarkan persediaan dari Vietnam yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-31 pada tahun 2021 di samping laporan persediaan dari Kemboja bagi Sukan SEA ke-32 pada tahun 2023. – Ihsan Pelita Brunei

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) yang juga selaku Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) ketika berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa SEAGF di Hotel Quest, Clark, Pampanga, Filipina. – Gambar oleh Infofoto
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, ketika berkenan mengadakan lawatan ke Perkampungan Sukan Atlet. – Gambar oleh Infofoto