BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke Amman, kerajaan Hasyimiah Jordan bagi menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja bagi anakanda Raja Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al Hussein iaitu Putera Mahkota Jordan, His Royal Highness Prince Al Hussein dengan Rajwa Khalid Alseif (gambar–Infofoto).
Keberangkatan Baginda Sultan ke Istiadat Perkahwinan Diraja yang akan berlangsung pada 1 Jun ini nanti jelas mencerminkan keakraban hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Jordan. Kali terakhir Baginda berangkat ke Jordan adalah pada bulan Oktober 2018 bagi Keberangkatan Negara.