Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 40 kali sempena HK-40

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB –Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 40 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

    Berangkat sama,  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ’Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ’Abdul Mateen ke majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pegawai Masjid, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

    Majlis diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad dikepalai oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol dan diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran yang dikepalai oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat bagi Majlis Khatam Al-Quran 40 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda