Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat ke Melbourne, hadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berangkat ke Melbourne, Australia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia pada 5 hingga 6 Mac 2024.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis KDYMM ialah ahli-ahli Kerabat Diraja.

    Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-menteri Kabinet; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat bagi Melbourne, Australia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia. Turut mengiringi ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda