Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat ke sesi perjumpaan pasukan lawan pedang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Athlete Village, Princess Noural University bagi sesi perjumpan bersama Pasukan Lawan Pedang Negara ke Islamic Solidarity Games, Riyadh 2025 pada 14 November lalu.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

    Pasukan Lawan Pedang Negara terdiri daripada dua atlet iaitu 1591 Lt (U) Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya dan Awang Mohammad Haziq bin Asahrin serta seorang jurulatih iaitu Awang Rayendra Yoshea Poerawinata telah pun tiba di Riyadh Saudi Arabia pada pukul 10.15 malam waktu tempatan pada 13 November lalu.

    Kedua-dua atlet berkenaan akan bertanding masing-masing dalam acara Women’s Individual Sabre dan Men’s Individual Sabre.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet-atlet Sukan Lawan Pedang negara.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menandatangani lembaran kenangan wall of fame di Athlete Village, Princess Noural University.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar bersama atlet-atlet Sukan Lawan Pedang negara.
    Kontinjen negara bergambar kenangan bersama DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah di Athlete Village, Princess Noural University. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda