Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat melawat Republik Rakyat China

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berangkat mengadakan lawatan ke Republik Rakyat China pada 10 hingga 12 Oktober, bagi menghadiri China International Friendship Conference and Commemorative Events Marking the 70th Anniversary of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries, atas jemputan Presiden CPAFFC, Tuan Yang Terutama Yang Wanming.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, di sini, Yang Teramat Mulia pada 11 Oktober telah berkenan berangkat menghadiri satu perjumpaan bersama Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping, di Great Hall of the People bagi ketua-ketua delegasi asing ke China International Friendship Conference.

    TYT Xi Jinping dalam ucapannya menekankan kepentingan hubungan antara rakyat dalam mewujudkan a shared future for mankind.

    Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia telah berkenan mengurniakan sabda dalam satu persidangan, di mana Naib Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Han Zheng; TYT Yang Wanming serta beberapa pembesar asing turut menyampaikan ucapan.

    Sejurus selepas itu, Yang Teramat Mulia berangkat menghadiri majlis makan malam yang telah dihoskan oleh Member of the Political Bureau of the Central Committee of the Communist Party of China, Director of the Office of the Central Commission for Foreign Affairs dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi.

    Sementara itu, pada 12 Oktober, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri Santap Tengah Hari yang telah dihoskan oleh Presiden China-ASEAN Association, Puan Yang Terutama Gu Xiulian, di Grand Hotel Beijing.

    Turut mengiringi Yang Teramat Mulia sepanjang lawatan ke Beijing ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan berjabat tangan dengan TYT Han Zheng semasa persidangan sempena ulang tahun CPAFFC ke-70 di Beijing pada 11 Oktober. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa berkenan berangkat berjumpa dengan PYT Gu Xiulian semasa mesyuarat di Hotel Grand Beijing. Turut hadir YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda