Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat pengerusikan mesyuarat bersama BSP, BSM

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) ke-412 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) ke-190 bagi suku ketiga tahun 2024 di Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddn Waddaulah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI  
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI 

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah BSP dan BSM.

    Mesyuarat itu membincangkan perkembangan terkini dalam bidang-bidang penting seperti operasi, keselamatan, kewangan dan pembangunan tenaga manusia, serta strategi jangka panjang BSP dan BSM bagi tahun-tahun akan datang dan seterusnya.

    Turut hadir pada mesyuarat itu ialah pihak-pihak berkepentingan termasuk shareholder directors yang mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Shell plc dan Mitsubishi Corporation serta ahli-ahli kepimpinan daripada BSP dan BSM.

    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI. 

    Ikuti berita selanjutnya dalam akhbar Media Permata keluaran Rabu, 11 September.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda