Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat saksikan Weightlifting Men 79kg

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Weightlifting di Venue Pertandingan Sukan Weightlifting semas 6th Islamic Solidarity Games 2025, Riyadh Arab Saudi, kelmarin.

    Pertandingan melibatkan atlet negara iaitu Awang Mohammad bin Haji Kamit bagi kategori Men’s 79 kg.

    DYTM Pengiran Bendahara juga berkenan mengurniakan sabda nasihat kepada atlet-atlet negara.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NBD

    Dalam acara berkenaan, Awang Mohammad bin Haji Kamit untuk acara Snatch mampu membuat angkatan 110kg dan berada dalam kedudukan ke-13 daripada 14 peserta, selain itu beliau juga bagi acara Clean & Jerk telah berjaya mengangkat seberat 135 kg.

    Sementara itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, telah berkenan berangkat menerima undangan Traditional Saudi Dinner daripada President of the Saudi Table Tennis Federation, His Highness Prince Mohammed Bin Abdulrahman Bin Nasser Al Saud yang diadakan di Bujairi Diriyah, Riyadh, Arab Saudi.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda