Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Berangkat tiba di Dubai

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 1 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berangkat tiba di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia yang bermula hari ini hingga esok semasa Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP 28).

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubai dijunjung oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, UAE, His Highness Saif bin Zayed Al Nahyan.

    Juga hadir menjunjung keberangkatan tiba Baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke UAE, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia bersama ketua-ketua negara dan kerajaan yang lainnya, hari ini.

    Sidang Kemuncak tersebut akan mengalu-alukan para pemimpin dunia untuk membentangkan perkembangan dan aspirasi dalam semua tonggak Perjanjian Paris, sekali gus menjana momentum dan bimbingan bagi acara-acara lain yang dianjurkan semasa COP ini.

    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubai dijunjung oleh His Highness Saif. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan berangkat tiba di tempat persemayaman. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berucap pada acara Transformasi Sistem Makanan dalam Berdepan Perubahan Iklim di samping Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia COP28 di Dubai Expo, kelmarn. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...