Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tiba di Hungary

    BUDAPEST, HUNGARY, 17 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat tiba di Budapest, Hungary bagi mengadakan Keberangkatan Negara yang dijadualkan berlangsung pada 18 November.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Liszt Ferenc Budapest, Kebawah Duli Yang Maha Mulia diberi penghormatan Kawalan Kehormatan Statik, serta dijunjung oleh Ketua Pengarah Sándor Palace, Dr Timár István Szilveszter; dan Ketua Protokol Sándor Palace, Katinka Kónya.

    Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; dan Chargé d’Affaires ad interim di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Brussels, Kingdom of Belgium (Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam Tidak Menetap ke Hungary), Jefferson Leong Weng Hong.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat tiba di Budapest, Hungary bagi mengadakan Keberangkatan Negara. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Lapangan Terbang Antarabangsa Liszt Ferenc Budapest. Berangkat mengiringi Baginda ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan menerima junjung ziarah selepas berangkat tiba di tempat persemayaman. Baginda Sultan berada di Budapest, Hungary bagi mengadakan Keberangkatan Negara yang dijadualkan berlangsung hari ini. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda