Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan berlangsung esok di Istana Negara, Malaysia.

    Berangkat mengiringi Baginda berdua ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

    Berangkat dan hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Baginda berdua di Pangkalan Udara Subang ialah Tunku Temenggong Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman; Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri; Tunku Putera Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim; Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Tuan Yang Terutama Dato’ Dennis Muhammad Abdullah serta Menteri Luar Negeri Malaysia, TYT Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

    Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan isteri; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin dan isteri.

    Terdahulu, pagi tadi, sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat diraja.

    Berangkat sama dan hadir ialah pengiran-pengiran cheteria; menteri-menteri kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; timbalan-timbalan menteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kuasa usaha sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.

    Pada 25 Jun lalu di Istana Nurul Iman, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyembahkan Warkah Persilaan kehadapan majlis Baginda Sultan untuk menghadiri Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 yang akan diadakan pada satu upacara rasmi penuh adat istiadat diraja dan tradisi Melayu esok.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima junjung ziarah di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta paduka-paduka anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menadah tangan semasa doa dibacakan di Istana Nurul Iman sebelum berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berangkat tiba di Kuala Lumpur. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa berangkat tiba di Kuala Lumpur. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO
    ATAS & KIRI: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda