Friday, November 22, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tiba di Tokyo

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semalam berangkat tiba di Tokyo, Jepun untuk menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun pada 15 hingga 17 Disember 2023.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Haneda dijunjung oleh Parliamentary Vice-Minister for Foreign Affairs of Japan, Tuan Yang Terutama Masahiro Komura; Chief of Protocol (Ambassador) at the Ministry of Foreign Affairs of Japan, Tuan Yang Terutama Takehiro Shimada; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.

    KDYMM berkenan berangkat tiba di Haneda International Airport dan dijunjung oleh Parliamentary Vice-Minister for Foreign Affairs of Japan, Tuan Yang Terutama Masahiro Komura. – Gambar oleh Infofoto

    Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin bin Haji Musa.

    Sejak penubuhan Hubungan Dialog ASEAN-Jepun pada tahun 1973, hubungan ASEAN-Jepun telah mencapai kemajuan yang signifikan termasuk penubuhan Pusat ASEAN-Jepun; Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF) dan Program Pertukaran Rangkaian Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (JENESYS).

    Untuk meraikan kejayaan tersebut, ASEAN dan Jepun bersetuju untuk menetapkan tahun ini sebagai tahun memperingati 50 tahun hubungan persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun, dan menggalakkan pertukaran antara rakyat dan mengadakan pelbagai acara serta program pertukaran dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, budaya, pertukaran belia dan pelancongan di sepanjang tahun.

    Baginda Sultan berkenan berangkat tiba di Hotel Persemayaman. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda