Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beras perang meminimumkan asma kanak-kanak

    BIJI-BIJIAN penuh atau whole grain adalah amat penting dalam sebarang pemakanan dan kerap dilabelkan sebagai bijian paling sihat yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Salah satu bijian sempurna adalah beras perang.

    Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar. Jika dilihat dari segi luaran, beras perang kelihatan sama dengan beras putih tetapi apa yang membezakan adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut.

    Ramai memilih beras perang daripada beras putih kerana kebaikan kesihatannya yang tersendiri.

    Merendahkan risiko mendapat diabetes

    Penyelidik di Harvard mengatakan dengan memakan sekurang-kurangnya dua hidangan beras perang seminggu boleh merendahkan risiko daripada mendapat diabetes. Dikatakan 50 gram beras perang berupaya untuk merendahkan 16 peratus risiko diabetes tahap 2.

    Asma kanak-kanak mampu dikurangkan dengan memakan banyak beras perang dan ikan.
    Asma kanak-kanak mampu dikurangkan dengan memakan banyak beras perang dan ikan.

    Tinggi serat

    Beras perang membekalkan 14 peratus nilai pemakanan ha-rian serat. Serat adalah zat pen-ting yang melindungi diri daripada kanser usus besar dan kanser payudara.

    Dengan mengamalkan pemakanan beras perang juga dikatakan dapat membekalkan 14 peratus nilai pemakanan harian serat.

    Sumber mangan dan selenium terbaik

    Secawan beras perang mengandungi kira-kira 88 peratus nilai pemakanan harian mangan, sejenis zat yang memainkan peranan penting dalam melawan radikal bebas.

    Kebanyakan orang tidak mengambil jumlah selenium yang cukup. Selenium pula memainkan peranan penting dalam proses antioksidan dan boleh memusnahkan sel kanser dan memperbaiki DNA.

    Selenium juga penting dalam mengawal fungsi metabolisme hormon tiroid dan sistem imun.

    Ia dikatakan dapat menyediakan 27 peratus nilai pemakanan harian selenium dalam badan.

    Mencegah peningkatan berat badan

    Terdapat kajian yang dilakukan di Harvard yang menunjukkan bahawa wanita yang memakan bijian sempurna seperti beras perang dalam pemakanan mereka berkemungkinan mampu untuk mengekalkan kesihatan berat badan.

    Merendahkan kolesterol

    Minyak dalam beras perang dikatakan telah menunjukkan mampu untuk merendahkan tahap kolesterol LDL atau kolesterol jahat lebih kurang 7 peratus.

    Pada masa yang sama beras perang boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL atau kolesterol baik.

    Baik untuk kardivaskular

    Kajian juga menunjukkan bahawa beras perang baik untuk kardiovaskular wanita selepas menopaus.

    Bijian sempurna seperti beras perang dalam pemakanan mampu untuk mengekalkan kesihatan berat badan.
    Bijian sempurna seperti beras perang dalam pemakanan mampu untuk mengekalkan kesihatan berat badan.
    Beras perang sumber terbaik magnesium, sejenis mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang.
    Beras perang sumber terbaik magnesium, sejenis mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang.

    Beras perang mengandungi lignan tumbuhan yang dikatakan mampu untuk melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan jenis kanser tertentu.

    Sumber baik Fitonutrien

    Fitonutrien adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan yang memiliki sifat anti keradangan dan cenderung untuk bertindak sebagai antioksidan.

    Beras perang adalah sumber terbaik sebatian tumbuhan terutamanya fenolik.

    Mengurangkan risiko sindrom metabolik

    Sindrom metabolisme adalah kombinasi faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat diabetes tahap 2, penyakit jantung dan strok.

    Keadaan ini digambarkan melalui lemak berlebihan dalam kawasan perut dan rintangan insulin.

    Memakan beras perang dengan kerap boleh mengurangkan risiko peningkatan berat badan dan rintangan insulin sehingga 38 peratus.

    Meminimumkan asma kanak-kanak

    Asma kanak-kanak mampu dikurangkan dengan memakan banyak beras perang dan ikan.

    Kajian menunjukkan buah-buahan, sayur-sayuran dan tenusu dikatakan tidak menunjukkan banyak kesan mengurangkan asma berbanding bijian sempurna dan ikan.

    Merangsang kesihatan tulang

    Beras perang sumber terbaik magnesium, sejenis mineral yang perlu untuk kesihatan tulang.

    Secawan beras perang bersamaan 21 peratus nilai pemakanan seharian magnesium yang diperlukan badan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda