BANGKOK, 10 Nov – Beras wangi Hom Mali Thailand telah dinobat sebagai beras ‘paling sedap’ di dunia selama dua tahun berturut-turut dan ini merupakan kemenangannya yang kelima sejak tahun 2009, menewaskan beras wangi dari negara jiran iaitu Kemboja dan Vietnam, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Menteri Perdagangan Thailand Apiradi Tantraporn mengumumkan bahawa beras wangi itu telah mengekalkan kejuaraannya sebagai beras ‘paling sedap’ dalam Pertandingan Beras Terbaik Dunia 2017, yang berlangsung di Macau pada Rabu. (Klik di sini untuk berita lanjut)