Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat badan Ariana Grande susut

    Penurunan berat badan mendadak Ariana Grande membimbangkan peminat sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai kesihatan penyanyi berkenaan.

    Metro UK melaporkan pengambilan ubat anti kemurungan menjadi punca berat badan penyanyi berusia 29 tahun itu susut.

    Ariana bagaimanapun berkata, dia tidak selesa apabila tubuhnya menjadi bualan dan perhatian ramai.

    “Saya dapat rasakan kebimbangan awda tentang badan saya. Saya juga menyedari awda semua memerhatikan penampilan saya.

    “Tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk kelihatan sihat dan cantik. Secara peribadi badan saya sekarang dalam keadaan paling tidak sihat.” – Agensi

    Ariana minta peminat henti bercakap mengenai berat badannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda