Tuesday, April 1, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat badan Jin BTS naik mendadak

    Ahli kumpulan BTS iaitu Jimin mendedahkan bahawa rakan kumpulan mereka, Jin mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

    Menerusi episod terbaharu dalam program ‘Suchwita’ (Masa untuk minum dengan Suga), Jimin muncul sebagai tetamu dan sempat berbual tentang kehidupan, muzik dan album solonya.

    Semasa temu bual dibuat, Suga mendedahkan bahawa dia ingin melawat Jin bersama J-Hope dan Jimin tetapi masih tidak berkesempatan.

    Dalam pada itu, Suga bertanyakan kepada Jimin bagaimana keadaan Jin sekarang dan penyanyi itu berkongsi bahawa Jin berada dalam keadaan sihat.

    Jimin juga memberitahu berat badan Jin kini sudah mencapai 66 kilogram sepanjang menjalani latihan ketenteraan.

    Suga terkejut dengan pendedahan itu dan memberitahu bahawa ia adalah berat paling tinggi yang pernah dialami oleh Jin. – Agensi

    Berat badan Jin BTS naik mendadak sejak jalani latihan ketenteraan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda