Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berat badan Kelly turun mendadak

    Penampilan penyanyi Kelly Clarkson yang kurus secara mendadak menjadi perhatian sekali gus mengundang rasa bimbang peminatnya.

    Kelly berkata dia terpaksa menurunkan berat badannya selepas doktor mengesahkan dia mula menunjukkan simptom pra-diabetes.

    “Saya disahkan pra diabetes, saya tak terkejut dengan perkara itu.

    “Saya sudah agak memandangkan berat badan saya berlebihan. Doktor juga menegur saya,” katanya memetik laporan People.

    Kata Kelly, dia belum lagi berada di paras bahaya sebaliknya penyakit tersebut boleh dicegah sebelum melarat.

    Penampilan baharu Kelly menjadi bualan. – mStar

    Menurut Kelly, dia mengamalkan pemakanan sihat dan mendengar nasihat daripada doktor bagi memastikan dia tidak terkena penyakit diabetes.

    Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan tidak perah menjaga pemakanan sehinggalah dia mendapat teguran daripada doktor yang merawatnya.

    “Saya mendengar nasihat doktor dengan mengikut diet yang sihat. Tapi saya warga Texas yang suka memakan daging.

    “Sekarang saya mahir dengan diet protein saya tapi sekarang saya seorang vegetarian,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...