Berat badan semakin turun

Pelakon terkenal Rebel Wilson mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan semasa terlibat dalam latihan dan penggambaran filem Cats iaitu filem yang diolah oleh penerbit teater terkenal Andrew Lloyd Weber.

Menurut pelakon berusia 39 tahun ini, filem tersebut berkonsepkan tarian yang memerlukan dia untuk menggunakan banyak tenaga hingga membantu dia dalam mengurangkan berat badannya.

Jelas pelakon popular menerusi filem Pitch Perfect, yang lebih dikenali sebagai Fat Amy ini, ada sebab mengapa mereka dibiarkan dalam keadaan ‘kepanasan’ seperti itu.

Menerusi filem tersebut, Rebel memainkan watak sebagai sejenis kucing yang aneh dipanggil Jennyanydots.

Sementara itu, menerusi filem ini Rebel juga digan-dingkan bersama penyanyi popular, Taylor Swift sebagai Bombalurina membuat persembahan dengan menyanyikan lagu berjudul ‘Memories’. Filem ini turut di-bintangi oleh Idris Elba sebagai Macavity, Jennifer Hudson sebagai Grizabella dan Ian McKellen sebagai Gus.

Manakala watak kucing adalah James Cordon sebagai Bustopher Jones dan Judy Dench sebagai Old Deuteronomy. Barisan pelakon ini turut hadir semasa tayangan perdana filem Cats di London pada Isnin. – Agensi

Rebel Wilson mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan semasa terlibat dalam latihan dan penggambaran filem Cats. – Agensi