Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat badan tinggal 37kg demi menjayakan watak pesakit kanser

    Pelakon Korea, Park Min Young sanggup menurunkan berat badannya secara drastik demi menjiwai watak menerusi drama Marry My Husband.

    Memetik dari mStar, Min Young, 37, memberitahu berat badannya kini hanya sekitar 37 kilogram dan ia cukup ideal dalam menzahirkan peranan sebagai Kang Ji Won menerusi drama bersiri berkenaan.

    Perubahan fizikal aktres berkenaan menjadi perhatian peminat susulan dia berkongsi foto salah satu babak drama berkenaan yang memperlihatkan dia dalam pakaian hospital sambil memakai penutup kepala.

    Menerusi gambar berkenaan, Min Young kelihatan kurus selain wajahnya kelihatan pucat sehinggakan ia menjadi perbualan dalam kalangan peminat.

    Malah ramai bimbangkan kesihatan aktres berkenaan selain menganggap dia terlalu memaksa diri bagi menjayakan watak tersebut.

    Walaupun begitu, ada juga peminat memuji kesungguhan Min Young dalam memaparkan realiti penderitaan terpaksa dilalui pesakit kanser.

    Memetik laporan tvN, drama tersebut mengisahkan tentang perkahwinan Kang Ji Won lakonan Min Young yang tidak bahagia.

    Malah ia menjadi lebih teruk lagi apabila Ji Won disahkan menghidap kanser namun diberi peluang mengubah kehidupannya. – Agensi

    Wajah pucat Park Min Young jadi perhatian orang ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda