Thursday, December 26, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat Sweet Qismina turun 10 kg dalam sebulan

    Pelakon Sweet Qismina menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

    Demi menjayakan babak terlantar di hospital dalam filem Babah, Sweet atau Farhanna Qismina supandi, 27, berkata dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan liquid diet.

    “Saya dapatkan nasihat pakar dari hospital, jadi tiada istilah saya potong usus ke apa untuk cepat kurus.

    “Sejujurnya saya hanya amalkan liquid diet, minum susu sahaja sepanjang hari.

    “Kalau lapar sangat, saya hanya akan makan epal atau sebiji telur sahaja,” katanya kepada mStar.

    Sweet berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan filem Babah bersama media di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.

    Meskipun berjaya menurunkan lima kilogram dalam masa seminggu, namun penerbit memintanya untuk kelihatan lebih kurus.

    Menyahut cabaran itu, Sweet mengambil masa selama sebulan dan berhasil menurunkan berat sebanyak 10 kilogram.

    “Dalam seminggu sudah berjaya turun lima kilogram tapi penerbit minta turunkan berat badan lagi supaya nampak lebih kurus dan cengkung.

    “Jadi selepas jadual penggambaran diaturkan kembali, selepas sebulan saya berjaya turun 10 kilogram keseluruhannya.

    “Dari 53 kilogram saya berjaya capai 43 kilogram dan menjayakan babak sakit berkenaan,” jelasnya. – Agensi

    Sweet amalkan liquid diet sebulan untuk turunkan berat badan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda