Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beratus-ratus protes sokongan AS kepada Israel

    JAKARTA, 28 MEI – Beratus-ratus rakyat Indonesia hari ini mengadakan protes terhadap sokongan Amerika Syarikat (AS)kepada Israel di luar kedutaan Amerika dan Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Jakarta.

    Membawa bendera gergasi Palestin dan bendera Indonesia serta pelekat bertulis ‘Pekerja Indonesia bersolidariti bagi kebebasan Palestin,’ mereka berarak dari beberapa buah masjid ke jalan-jalan utama di luar kedutaan AS.

    Rapat itu dianjurkan oleh Pergerakan Pekerja Islam Indonesia dan beberapa lagi kumpulan lain.

    Pihak berkuasa membawa pembesar suara memberi amaran kepada pemprotes untuk mengekalkan jarak fizikal.

    Lebih 2,300 polis, ramai memakai sut hazmat, dikerahkan bagi melindungi kedutaan, istana presiden berhampiran dan misi PBB.

    Indonesia, negara paling padat penduduk Islam, tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel dan sudah lama menjadi penyokong kuat Palestin.

    Presidennya, Joko Widodo turut mengecam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tindak balas terhadap serangan roket ke wilayah itu, baru-baru ini.

    Satu gencatan senjata berkuat kuasa minggu lalu mengurangkan serangan. – AP

    Pemprotes berarak di bawah bendera gergasi Palestin semasa satu rapat umum anti-Israel di luar kedutaan AS dan Misi PBB di Jakarta, Indonesia, 28 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda