JAKARTA, 28 MEI – Beratus-ratus rakyat Indonesia hari ini mengadakan protes terhadap sokongan Amerika Syarikat (AS)kepada Israel di luar kedutaan Amerika dan Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Jakarta. Membawa bendera gergasi Palestin dan bendera Indonesia serta pelekat bertulis ‘Pekerja Indonesia bersolidariti bagi kebebasan Palestin,’ mereka berarak dari beberapa buah masjid ke jalan-jalan utama di