Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beraya bersama Huawei

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Bagi mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim dengan pihak berkepentingan di bulan Syawal yang mulia ini, Huawei Technologies (B) Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Terbuka Hari Raya yang berlangsung di Restoran Li Gong, The Empire Hotel and Country Club, kelmarin

    Kira-kira 900 orang jemputan menghadiri majlis sambutan berkenaan di mana para tetamu berkongsi semangat kebersamaan dan menikmati makanan yang lazat sambil mengambil gambar di ‘stesen selfie’.

    Antara tetamu yang hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, wakil pejabat Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee serta pegawai-pegawai kerajaan, rakan kongsi perniagaan dan pelanggan korporat.

    Hadir untuk menyambut kedatangan tetamu ialah warga Huawei Technologies Brunei yang diketuai oleh Ketua Perwakilan Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, Cheng Hao.

    Dr. Hajah Romaizah antara yang hadir pada majlis itu.
    Dr. Hajah Romaizah antara yang hadir pada majlis itu.

    Dalam kesempatan di majlis sambutan itu, Media Permata berkesempatan menemu bual Timbalan Ketua Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, Carol Kok yang antara lain menekankan mengenai perkembangan Huawei yang mana Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, baru-baru ini, telah diumumkan sebagai syarikat telefon pintar nombor satu di China dan telah menjadi jenama yang lebih popular dalam kalangan orang-orang Brunei.

    Kejayaan ini, katanya, dicapai dengan teknologi yang disesuaikan dengan telefon pintar terkini dan program pertukaran pendidikan ICT berterusan yang melibatkan belia tempatan.

    Kehadiran mereka telah dirasai oleh masyarakat Brunei dengan lonjakan peranti Huawei bukan sahaja terhad kepada router WiFi dan WiFi Bergerak (MiFi) tetapi juga memasuki pasaran telefon pintar tempatan dengan kamera dua lensa terbaru Leica.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda