Oleh Ak Zaki Kasharan
TUTONG, 30 MEI – Seramai 30 ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Birau, Kebia dan Luagan Timbaran telah menyertai acara Basikal Raya anjuran MPK berkenaan, kelmarin.
Acara tersebut diketuai oleh Pengerusi Keagamaan dan Belia Majlis Perundingan Kampung Birau, Kebia dan Luagan Timbaran, Dr Abang Haji Hazmin bin Abang Haji Taha.
Semasa acara tersebut, tiga buah rumah berjaya dikunjungi iaitu rumah Pemangku Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim; rumah Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking dan rumah Dr Abang Haji Hazmin.
Acara berkenaan didahulukan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Kampung Birau, Awang Ahmad bin Haji Abdul Razak.
Selain itu, acara raya menggunakan basikal itu adalah bagi mengenang budaya suatu ketika dahulu yang menggunakan basikal semasa berkunjung-kunjungan pada Hari Raya Aidilfitri.