Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berbakti kepada keluarga memerlukan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 30 MAC – Sebagai sebahagian daripada Projek Ramadan: Berbagi Rezeki 3.0, 37 ahli Kumpulan Belia Masjid Zainab mengunjungi seluruh Daerah Belait untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Diadakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mac, projek tahunan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk nilai-nilai keprihatinan dan perkongsian dalam kalangan generasi muda terhadap golongan yang memerlukan, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan amalan bersedekah terutama pada bulan suci Ramadan.

    Sumbangan terdiri daripada keperluan makanan asasi yang dikumpul daripada golongan belia dan orang ramai telah diagihkan kepada 60 keluarga dari seluruh Daerah Belait pada hari terakhir projek itu. Para belia mengunjungi setiap kediaman penerima untuk menyerahkan keperluan makanan tersebut. Turut hadir memberikan sokongan kepada belia ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Didi Normady bin Haji Awang Ahmad; Ketua Kampung Labi 1, Awang Hanapi bin Mohd Siput; dan Ketua Kampung Labi 2, Awang Muhammad Nurazri bin Haji Abdul Mustafah.

    ATAS & BAWAH : Kumpulan Belia Masjid Zainab menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa kunjungan ke rumah mereka. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN BELIA MASJID ZAINAB
    GAMBAR SERAHAN KUMPULAN BELIA MASJID ZAINAB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda