Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berbalas tuduhan mengenai pengeboman di Myanmar

    YANGON, 1 JUN – Kerajaan tentera Myanmar dan pesaingnya berbalas-balas tuduhan berhubung bom yang meletup kelmarin di tengah-tengah bandar terbesar negara itu, Yangon, membunuh seorang manakala sembilan yang lain cedera.

    Gambar-gambar dan video pengeboman kelmarin yang tular dalam media sosial menunjukkan mangsa berdarah di tepi jalan, menjadi satu peringatan tegas mengenai keganasan yang menyelubungi negara itu semasa rampasan kuasa tahun lalu.

    Satu berita edisi hari ini dalam akhbar kerajaan, The Global New Light of Myanmar, menyalahkan Pasukan Pertahanan Awam (PDF), sayap gerakan bersenjata pembangkang, namun tidak memberi sebarang bukti yang mengaitkan mereka dengan letupan itu.

    Ia berkata serangan itu dibuat dengan ‘bom buatan ditanam oleh pengganas PDF di sebuah bas stesen’ sekitar satu blok dari Sule Pagoda.

    Letupan berlaku kira-kira 3:20 petang dan seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan di dada dan perutnya, kata media kerajaan.

    Seorang jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), badan pembangkang utama yang tidak mengawal ketat PDF dan pelbagai unit tempatan, menyalahkan insiden itu ke atas tentera kerajaan.

    “Perbuatan genosid kejam tentera telah menyebabkan pengeboman sia-sia dan pembunuhan ke atas penduduknya sendiri di seluruh Myanmar,” kata kenyataan daripada Sasa, Menteri NUG bagi Kerjasama Antarabangsa. – AP

    Empat orang cedera kelihatan bergelimpangan di tepi jalan selepas letupan berlaku di stesen bas di Yangon pada 31 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...