Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berbasikal sambil beramal

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 29 April – Lebih 40 orang penggiat sukan berbasikal tanah air telah menyertai Mukah Jamboree Fun Ride 2019 kira-kira sejauh 50 kilometer di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

    Riadah berbasikal yang bermula dari Mukah ke Oya anjuran salah sebuah agensi di negara jiran itu bukan sahaja bermatlamat untuk memupuk semangat gaya hidup sihat tetapi ia juga dianjurkan bagi mengukuhkan silaturahim serta berganding bahu menjalankan kegiatan amal.

    Aktiviti yang disertai Kumpulan B.E.S.T Cyling Team Tutong, SSR Team Tutong, MVCT dan KCT Ride itu juga menyumbangkan derma amal kepada salah seorang anak yatim, adik Fifi Nurlyana Syafina binti Mohamad Adika yang lumpuh berusia sembilan tahun akibat kemalangan jalan raya sehingga kehilangan ibu bapa dan abang kandungnya sekitar dua tahun lepas.

    Para penggiat sukan berbasikal tanah air bergambar bersama adik Fifi Nurlyana Syafina.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda