Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sebagai usaha untuk sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, seramai 12 orang pengayuh basikal dari Daerah Belait mengadakan kayuhan sempena Sambutan Hari Kebangsaan kelmarin.
Kayuhan sejauh 88 kilometer yang diketuai oleh Awang Mohd Azznorhasmie bin Abdullah dengan rombongan pengayuh basikal diiringi sebuah kenderaan keselamatan itu bermula dari Kuala Belait menuju ke pusingan-U di Bukit Puan dan seterusnya menamatkan kayuhan di Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait.
Acara itu bertujuan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam
kalangan pengayuh basikal serta ahli-ahlinya.
Di samping itu, ia juga diharapkan dapat menanamkan semangat kesukanan dalam kalangan pengayuh basikal di negara ini.
