Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berbual dengan ikan belut?

    TOKYO, 1 MEI – Sebuah akuarium Jepun yang ditutup semasa wabak koronavirus meminta orang awam supaya mengadakan panggilan video kepada ikan belut mereka supaya haiwan sensitif itu ingat bahawa manusia masih wujud dan tidak menimbulkan ancaman.

    Akuarium Sumida, ditempatkan di menara Tokyo Skytree, telah ditutup sejak awal Mac dan haiwannya telah membiasakan diri dengan persekitaran tanpa manusia dalam tempoh dua bulan lalu.

    “Haiwan dalam akuarium tidak melihat manusia kecuali penjaga dan mereka mulai lupa mengenai manusia,” katanya di akaun Twitter minggu ini.

    “Belut taman terutamanya menghilangkan diri dalam pasir dan bersembunyi setiap kali penjaga melaluinya,” katanya. Ia menyukarkan penjaga yang cuba memeriksa kesihatan haiwan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda