BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Seperti lazimnya pada tahun-tahun lalu, Emperor’s Court tahun ini sekali lagi akan mengadakan majlis amal berbuka puasa sambil menderma pada 13 Mei ini.
Pada tahun ini, Restoran Emperor’s Court akan menghoskan majlis amal ini bagi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan). Kesemua hasil daripada bufet sungkai tersebut akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan selepas majlis tersebut.
Sehubungan itu, pihak pengurusan Emperor’s Court mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai majlis berbuka berkenaan sambil menderma bagi Pusat Ehsan.