Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Berdebar menanti hari bersalin’

    Genap enam bulan hamil, pelakon Malaysia, Siti Saleha mengumumkan dirinya bakal membuat pendedahan jantina anak dalam kandungannya atau majlis gender reveal bulan depan.

    Menurut Saleha, dia lebih selesa untuk merahsiakan jantina cahaya mata sulungnya dahulu selain mahu meraikannya dalam sebuah majlis yang mengikut adat Jawa.

    “Bulan depan saya dan suami akan buat gender reveal sebab suami mahu buat majlis ikut adat Jawa ada upacara mitoni, mandi bunga dan sebagainya.

    “Setakat ini pun saya sudah mengetahui jantina anak kami cuma akan umumkan pada majlis itu nanti. Sekarang kami rahsiakan dahulu,” katanya.

    Meskipun tidak sabar mahu menyambut kelahiran anak sulungnya, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu masih belum membuat sebarang persiapan selain mahu menikmati fasa kehamilannya dengan bercuti.

    Siti Saleha lebih selesa untuk merahsiakan jantina cahaya mata sulungnya akan tetapi bakal mendedahkannya pada majlis gender reveal bulan depan. – Hibglam.com.my

    “Saya belum buat persiapan lagi sebab saya dalam fasa mahu bercuti sahaja selepas menjalani penggambaran dua bulan lalu. Minggu depan pun saya akan terbang ke Paris.

    Jadi mood mahu berjalan sahaja,” kongsinya.

    Ditanya sama ada dirinya mengalami sebarang alahan mahupun menyedari perubahan pada badannya, Saleha syukur dapat melalui fasa kehamilannya dengan mudah bahkan, selera makannya juga bertambah.

    “Saya tidak mengalami sebarang alahan. Saya makan sahaja apa yang saya nak makan.

    Tetapi saya menjaga pemakanan juga contohnya, kalau mahu kopi saya akan minum sekadar untuk rasa sahaja.

    “Saya kuat makan sepanjang mengandung terutamanya pada trimester pertama kalau tak dapat makan sesuatu saya rasa macam mahu bergaduh. Tetapi saya tidak mengidam.

    “Dari segi emosi, tidak begitu ketara tetapi saya selalu lepaskan rasa marah kepada pengurus sekiranya ada perkara yang merimaskan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda