Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Seorang lelaki yang berdepan tuduhan menyimpan kereta curi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin.
Tidak ada pengakuan direkodkan dari Abdul Muezz bin Haji Wahab, 28, yang didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak kereta Restoran Ayamku, Kampung Sungai Kebun antara jam 5 petang dan 7 malam pada 30 Disember 2018.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh untuk tertuduh ditahan reman bagi siasatan lanjut.
Kes akan disebut lagi pada 3 Januari 2018.