Ulasan buku oleh Raz AS
PENULIS Brittany Cavallaro kini kembali bersama buku keempat daripada siri laris New York Times, Charlotte Holmes, berjudul A Question of Holmes.
Kali ini Charlotte Holmes dan Jamie Watson menyangka bahawa kehidupan mereka akan kembali tenang. Mereka akhirnya akan meninggalkan Sekolah Sherringford dan Moriarty untuk melibatkan diri dengan program pra universiti musim panas di Universiti Oxford.
Di sana kehidupan setentunya akan terasa menyeronokkan. Mereka akan menjalani kehidupan yang tenang dan sepatutnya mereka lalui seperti rakan-rakan sebaya mereka yang lain, di samping berpeluang untuk mengenali bandar raya baharu itu dengan kebebasan yang ditawarkan oleh program tersebut.
Kemalangan dan cabaran
Namun setiba sahaja mereka di sana, kedatangan Charlotte dan Jamie disapa oleh kes yang baharu. Ahli-ahli komuniti teater di Oxford tidak putus-putus ditimpa oleh kemalangan.
Dengan tarikh pementasan drama Hamlet yang semakin mendekat, disebabkan oleh kemalangan-kemalangan yang menimpa ahli-ahli mereka, semua persediaan pementasan terpaksa dilakukan semula dari awal.
Apa yang dahulunya dijangka sebagai nasib buruk dan komedi kemalangan bertukar menjadi sebagai satu perlumbaan untuk menghalang tragedi seterusnya daripada berlaku, sebelum Charlotte atau Jamie menjadi mangsa yang seterusnya.
