Wednesday, April 2, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berehat kerana depresi

    Pelbagai musibah yang menimpa artis Korea Selatan baru-baru ini semestinya merunsingkan banyak pihak.

    Apa lagi berita kematian beberapa selebriti yang dikaitkan masalah kesihatan mental.

    Terkini, agensi Kang Daniel iaitu KCONNECT Entertainment pula memutuskan untuk merehatkan penyanyi terbabit. Keputusan itu dibuat disebabkan penyanyi berkenaan dikhabarkan mengalami masalah kesihatan.

    Masalah berkenaan turut menjadi punca penyanyi itu tidak dapat menjayakan acara membabitkannya, baru-baru ini.

    Ini termasuk prarakaman program Show Champion terbitan MBC Music.

    Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, Kang Daniel turut ke hospital selepas kesihatannya bertambah teruk.

    Ternyata, penyanyi itu mengalami penyakit mental dan perlukan rawatan serta rehat. – Agensi

    Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, Kang Daniel turut ke hospital selepas kesihatannya bertambah tenat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda