Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berfikir secara strategik

    (Siri kedua)

    Membuat siasatan apresiatif

    SATU cara biasa bagi menyelesaikan masalah adalah dengan berfokus kepada perkara yang perlu diperbetulkan, kemungkinan punca kegagalan, dan ada kalanya, meletakkan kesalahan keatas individu lain. Alternatif yang lebih positif adalah pendekatan yang dikenali sebagai Siasatan Penghargaan.

    Siasatan Penghargaan berbeza dengan teknik-teknik lain bagi penyelesaian masalah. Fokusnya adalah kepada memberi penghargaan kepada orang yang terlibat dan sistem ‘memberi penghargaan’ dan meneroka kemungkinan-kemungkinan baru bagi masa hadapan ‘siasatan’.

    Terdapat lima langkah dalam ‘Siasatan Apresiatif’, dan setiap satu bermula dengan huruf D sebagai alat mnemonik, seperti yang diterangkan seperti berikut:

    – Define (Mendefinisi): Jelaskan subjek, permasalahan ataupun peluang dengan memberi definisi, secara positif.

    – Discover (Membuat penemuan): Lakukan analisis berkenaan apa kebaikan amalan semasa dan amalan nama yang menghasilkan kejayaan. Galakkan rakan sekerja bercerita berkenaan pengalaman kerja mereka yang positif. Beri perhatian kepada idea-idea yang penting.

    Lakukan analisis berkenaan apa kebaikan amalan semasa dan amalan nama yang menghasilkan kejayaan.
    Lakukan analisis berkenaan apa kebaikan amalan semasa dan amalan nama yang menghasilkan kejayaan.
    Satu cara biasa bagi menyelesaikan masalah adalah dengan berfokus kepada perkara yang perlu diperbetulkan, kemungkinan punca kegagalan, dan ada kalanya meletakkan kesalahan ke atas individu lain.
    Satu cara biasa bagi menyelesaikan masalah adalah dengan berfokus kepada perkara yang perlu diperbetulkan, kemungkinan punca kegagalan, dan ada kalanya meletakkan kesalahan ke atas individu lain.

    – Dream (Berwawasan): Bina wawasan dengan amalan-amalan yang terbukti berjaya, sertu gunakan kreativiti kita bagi meneroka dan membayangkan situasi-situasi yang ideal. Satu cara melakukannya adalah melalui brainstorming, iaitu mencari dan membincangkan seberapa banyak idea yang boleh.

    – Design (Mereka bentuk): Bagaimanakah wawasan atau visi yang kita bayangkan mungkin menjadi realiti, dengan menggunakan strategi-strategi baru bagi menghasilkan sistem-sistem dan struktur yang berbeza.

    – Deliver (Melaksanakan): Jadikan reka bentuk yang dicadangkan itu satu realiti, sambal berfokus kepada visi kita.

    Bina atas asas yang didapati berjaya sebelum ini, dan teroka secara kreatif idea-idea yang terbaik bagi masa hadapan.

    Berfikir secara rawak

    Satu kaedah yang berguna bagi menyelesaikan masalah secara kreatif apabila berhadapan dengan jalan buntu, adalah berfikir secara rawak. Sebagai asas bagi membantu kita berfikiran secar kreatif, kita pilih satu kata nama yang tiada kaitan dengan perkara yang sedang fikirkan. Selepas itu, kita lihat bagaimana makna perkataan itu mampu membuat jalinan yang baru dan menarik.

    Kaedah ini berguna apabila kita kebuntuan idea selepas berfikir mengikut secara konvensional. Kita juga dapat menggunakannya apabila perlu lari daripada cara menyelesaikan masalah yang sudah ditetapkan. Pilih perkataan yang ternyata tiada hubungan dengan masalah yang kita ingin selesaikan. Cari perkara yang ada hubung kait dengan perkataan itu. Perkataan-perkataa itu mampu mewujudkan pelbagai hubungan dan fungsi. Otak kita mungkin berfokus sama ada kepada perincian dalam sesuatu konsep, ataupun hubungan yang lebih luas.

    Seboleh-bolehnya kita pilih kata nama yang konkrit dan bukan abtstak. Ini juga dapat dilakukan dengan menyenaraikan 60 perkataan dahulu. Kita lihat jam ketika itu. Sebagai contoh, sekiranya ketika itu 11.39, kita pilih kata nama nombor 39 daripada senarai kita.

    Satu kaedah yang berguna bagi menyelesaikan masalah secara kreatif apabila berhadapan dengan jalan buntu adalah berfikir secara rawak.
    Satu kaedah yang berguna bagi menyelesaikan masalah secara kreatif apabila berhadapan dengan jalan buntu adalah berfikir secara rawak.
    Terdapat lima langkah dalam ‘Siasatan Apresiatif’, dan setiap satu bermula dengan huruf D sebagai alat mnemonik seperti Define, Discover, Dream, Design dan Deliver.
    Terdapat lima langkah dalam ‘Siasatan Apresiatif’, dan setiap satu bermula dengan huruf D sebagai alat mnemonik seperti Define, Discover, Dream, Design dan Deliver.

    Cara yang lain pula adalah dengan merujuk dengan kamus. Ini adalah cara yang digunakan dalam kajian kes dibawah. Dengan menggunakan gandaan 13 seperti muka surat 130, muka surat 260, muka surat 390, dan memilih perkataan yang ke-13 (ataupun kata nama selepas itu). Kita perlu memilih aspek pertama perkataan itu yang terlintas dalam kepala. Elakkan daripada mengulang berturut-turut tahap ini dan berkata, ‘ini mungkin jawapannya’.

    Pilih kata nama konkrit secara rawak dan lihat apa kaitan yang berbangkit berhubung dengan masalah yang kita cuba selesaikan.

    Kajian kes

    Dave dan rakan-rakan sekerjanya sedang bergelut dengan isu pengurusan masa bagi pengurus-pengurus peringkat pertengahan. Tiga perkataan timbul apabila menggunakan teknik berfikir secara rawak. Perkataan pertama adalah colander atau penapis dengan lubang-lubangnya. Ini membawa kaitannya dengan idea ruang yang berlebihan. Kedua adalah lamp, iaitu lampu yang membawa kepada perlunya inovasi, kefahaman, dan kejelasan. Perkataan ketiga adalah stick atau batang yang dikaitkan dengan carrot and stick. Karot pula biasanya dikaitkan dengan ganjaran. Ia membawa kepada idea dan perlunya memberi ganjaran apabila matlamat sudah tercapai. Teknik ini membolehkan lebih banyak soalan melalui siasatan dilakukan yang membantu proses pemikiran kumpulan Dave.

    Kita akan mengupas lebih lanjut lanjut mengenai topik ini dari segi ‘Melakukan Analisis PEST’ dan ‘Melakukan Analisis SWOT’. Jadi apakah dia analisis PEST dan SWOT itu? Kita akan merungkainya pada minggu hadapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda