Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Drama baharu dari Korea Selatan iaitu Stove League merupakan sebuah drama bersiri yang baru sahaja disiarkan pada bulan November lalu di saluran SBS. Drama Stove League disiarkan setiap hari Jumaat dan juga Sabtu dan menggunakan konsep sukan dan percintaan. Pelik bukan namun itu adalah satu kelainan yang dibawakan oleh drama ini.
Drama Stove League secara ringkas mengisahkan mengenai persiapan sekumpulan pemain besbol dalam menempuhi kejohanan liga utama permainan besbol. Setiap ahli pasukan bersiap sedia dengan melakukan latihan yang padu untuk memperoleh potensi yang luar biasa dalam kejohanan tersebut. Drama Stove League ini diarahkan oleh Jung Dong Yoon dan skrip drama pula ditulis oleh Lee Shin Hwa. Stove League turut dikenali sebagai Seutobeurigeu dalam Bahasa Korea.
Drama berkonsepkan sukan dan percintaan ini dibintangi oleh beberapa pelakon yang sudah terkenal di Korea Selatan iaitu Namgung Min yang memegang peranan sebagai Baek Seung Soo, Park Eun Bin sebagai Lee Se Young, Chae Jong Hyeop berperanan sebagai Yoo Min Ho, Girls Days Sojin sebagai Kim Young Chae dan banyak lagi.
Plot ringkas
Drama baharu dari Korea Selatan, Stove League ini mengisahkan mengenai Baek Seung Soo lakonan Namgung Min, seorang pengurus baharu yang memimpin pasukan besbol profesional dan cuba memberikan tunjuk ajar teknik yang baharu. Pengurus baharu itu juga berusaha untuk memastikan pasukan besbol itu berjaya memperoleh kejayaan setelah berada di kelompok yang terendah beberapa kali. Selain itu, pasukan besbol tersebut turut diuruskan oleh pengurus operasi Lee Se Young yang turut menanamkan hasrat untuk membangkitkan lagi pasukan tersebut.
Walaupun sudah menjadi pengurus operasi untuk pasukan tersebut selama 10 tahun namun Lee tidak pernah putus asa dan bergabung dengan Baek untuk sama-sama menaikkan nama kumpulan berkenaan. Adakah mereka berjaya memperoleh kejayaan, adakah Baek dan Lee akan bergabung dengan baik di mana akhirnya mereka telah jatuh cinta, anda boleh saksikan dalam drama Stove League yang disiarkan dalam saluran SBS setiap hari Jumaat dan Sabtu.
