Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Orang ramai adalah dialu-alukan dan dijemput untuk mengambil gambar jambatan-jambatan iaitu Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) yang akan dinyalakan dengan lampu berwarna sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023, bermula pukul 7 malam ini.

Orang ramai dijemput untuk mengambil gambar jambatan-jambatan berkenaan dan memuat naik ke dalam media sosial dengan menggunakan hashtag #WCD2023 atau #WorlChildrensDay.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

