Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Bergambar sama sayur, harapkan tuah berkempen

    TAIPEI, 24 NOV – Kebanyakan tempat lain di dunia, seorang ahli politik mungkin mengharapkan momen bergambar yang sempurna bersama seorang pengundi anak damit untuk merangsang jumlah undian mereka.

    Namun di Taiwan, sayur-sayuran adalah raja kepada jejak kempen.

    Setiap kali pulau dengan 23 juta penduduk itu memasuki mod pilihan raya, bakal calon berlumba-lumba bergambar bersama sayur-sayuran – lobak putih yang besar adalah kegemaran – dihadiahkan oleh pengundi yang berharap untuk menunjukkan persetujuan mereka.

    Sebabnya ialah Taiwan menyukai homonim: perkataan yang bunyinya sama atau serupa tetapi boleh membawa pelbagai makna.

    Dalam budaya politik yang diselitkan dengan simbol nasib baik dan tahyul – calon-calon sering mendapatkan nasihat pakar feng-shui semasa memutuskan lokasi atau tarikh pembukaan ibu pejabat kempen – bergambar dengan sayur-sayuran betul adalah satu kebiasaan.

    Bawang putih (suan) sangat popular kerana apabila disebut dalam bahasa Taiwan ia juga berbunyi seperti perkataan untuk ‘dipilih’.

    Lobak daikon (tsai-tao) adalah pemenang kerana ia disebut hampir sama dengan ‘nasib baik’, manakala nanas (ong-lai) adalah homonim untuk ‘datangnya kemakmuran’. – AFP

    Gambar fail diambil pada 8 November menunjukkan Chen Shih-chung, calon parti DPP bergambar bersama daun bawang semasa berkempen di Taipei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...