Selasa, Julai 29, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berganding bahu bersihkan tepi jalan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 JULAI – Dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk kampung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) PN Panaga A yang diketuai Ketua Kampung, Awang Muhd Nurzairie bin Abdullah Peter telah mengadakan Kempen Kebersihan Keselamatan Jalan Raya baru-baru ini.

    Dengan sokongan daripada ahli MPK, kumpulan itu menebang dahan pokok yang terlalu besar di tepi jalan.

    Semasa kempen, Awang Muhd Nurzairie turut menggesa penduduk supaya terus memainkan peranan aktif dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar, di samping melahirkan harapan agar MPK dan masyarakat sekitar terus berganding bahu dalam melakukan pemantauan berkala bagi memastikan kebersihan dan keselamatan keseluruhan kampung terjaga.

    Kempen kebersihan yang berlangsung di Kampung PN Panaga A baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MPK PANAGA A
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda