Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berganding bahu capai wawasan 2035

    Oleh Yusrin Junaidi –

    Dalam menghadapi dunia yang pesat berubah dan peranan teknologi yang semakin canggih dalam kehidupan seharian, golongan belia harus dipersiapkan untuk mengharungi perubahan berkenaan khususnya dalam era Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan pembangunan teknologi digital.

    Oleh itu, penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan pendidikan mampu memainkan peranan penting dalam mempersiapkan para pelajar supaya mereka lebih fleksibel serta mampu menerima perubahan yang datang daripada IR4.0 serta perkembangan teknologi digital.

    IR4.0 membawa bersama pelbagai cabaran dan peluang bagi negara-negara di seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam di mana ia memerlukan satu anjakan paradigma baharu untuk mengubah pemikiran yang sedia ada kepada pemikiran holistik, kreatif, inovatif dan mampan supaya negara dapat meneruskan pembangunan dari segi fizikal, ekonomi dan teknologi seiring dengan rakan-rakan serantau.

    Brunei terus mengekalkan keunikan budaya dan pendiriannya sendiri dalam hasratnya menjadi sebuah negara maju yang terus relevan di persada serantau dan antarabangsa menerusi transformasi ekonomi, sumber tenaga manusia, pendidikan dan
    infrastruktur bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Melangkah ke hadapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bertitah sempena menyambut Tahun Baharu Masihi 2023, “Mengimbas semula hampir tiga tahun ketika menghadapi COVID-19, kita telah melihat musibah ini, walaupun membawa kesan sampingan kepada kehidupan, namun hikmahnya telah menciptakan peluang untuk kita berdikari memperkasa bidang-bidang utama seperti sekuriti makanan, perbekalan, pendidikan, kewangan dan kesihatan.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha mengadakan lawatan ke salah satu petak Pameran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Persidangan dan Pameran Masa Depan Digital yang berlangsung di The Empire Brunei pada 22 Jun 2023. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DST, Radin Sufri Radin Basiuni; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine dan Pengarah Bahagian Ekosistem Perniagaan dan Industri Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On dan CEO Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar semasa menyempurnakan pengaktifan perkhidmatan 5G pada 22 Jun 2023. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary beramah mesra dengan ahli-ahli Syarikat Zylit termasuk Dayang Nur Syazwana Zafirah (dua dari kanan) yang merupakan salah satu peserta semasa Majlis Pelancaran Anugerah BICTA yang berlangsung Januari lalu. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Pengurusan Penasihat dan Konsultan Berjaya Sdn Bhd, Jeffrey Low menyampaikan penerangan mengenai perkembangan EV Neta V pada 23 Jun 2023. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    “Namun musibah yang melanda Negara Brunei Darussalam oleh penularan wabak COVID-19 tidak melemahkan sistem ICT Negara Brunei Darussalam, bahkan Brunei berusaha dengan inisiatif-inisiatif baharu untuk memajukan perkembangan teknologi moden lebih-lebih lagi dalam perkembangan ICT.”

    PERKEMBANGAN ICT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    Perkembangan ICT di Negara Brunei Darussalam menunjukkan pembangunan yang positif dan semakin maju mengikut rentak tersendiri.

    Di samping itu, dapat dilihat bahawa warga Brunei pada masa ini juga semakin peka dan cenderung kepada perkembangan dunia ICT dengan lebih banyak produk inovatif dijangka akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut bertitah “Inilah hikmah yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita dan malah banyak lagi untuk kelangsungan hidup, termasuk membanyakkan amal salih, beribadat, berdoa, bersabar dan bertawakal kepada Allah.

    “Demikian juga hikmah fizikal pandemik telah meningkatkan kapasiti kaedah digital, yang membolehkan semua pihak menikmati perkhidmatan yang cekap dan cepat dalam bidang pekerjaan mahupun pembelajaran secara maya.

    “Akan lebih bermakna lagi jika pengalaman ini dapat menyuntik semangat rajin berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara serta berganding bahu mewujudkan
    peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.”

    Oleh itu, dalam era perkembangan teknologi digital yang pesat, negara perlu memberikan keutamaan dalam memanfaatkan teknologi canggih dan ekonomi digital sebagai pemangkin pembangunan negara menuju wawasan 2035.

    USAHA BRUNEI DALAM PEMBANGUNAN DIGITAL

    Dalam meneroka peluang-peluang pembangunan dalam era teknologi digital yang canggih, Brunei terus menunjukkan komitmen untuk menerima pakai dan memanfaatkan kuasa transformasi digital dan inovasi, di mana Brunei mengiktiraf kepentingan berada di barisan hadapan kemajuan teknologi untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan perkhidmatan awam dan memperbaiki kualiti kehidupan warganya secara keseluruhan.

    Dalam hubungan itu, beberapa inisiatif untuk mempromosikan penggunaan teknologi baharu muncul dan menjana persekitaran yang membolehkan inovasi berkembang telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan
    dan sektor swasta melalui pendekatan seluruh negara di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital.

    Antara inisiatif berkenaan termasuk Ekosistem Syarikat Pemula dan Inovasi Digital di mana menerusi peruntukan sokongan inkubator, mentor dan ruang kerja bersama, ia dapat memudahkan pertumbuhan syarikat pemula dan inovasi digital.

    Baru-baru ini, perkhidmatan 5G telah diaktifkan pada 22 Jun 2023 di mana ia merupakan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam pembangunan landskap teknologi digital negara, selain membuka peluang bagi peningkatan pendigitalan di mana individu, perniagaan dan komuniti dapat memanfaatkan kelebihan teknologi 5G.

    IR4.0 dan teknologi digital bukan sahaja membawa bersama pelbagai cabaran tetapi juga peluang serta membuka laluan kepada pasaran yang lebih luas merentas sempadan negara.

    Namun ia memerlukan sumber tenaga manusia yang berkemahiran, inovatif, kreatif dan berdaya saing untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang wujud daripada perkembangan teknologi canggih itu.

    PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KENDERAAN

    Bagi mendukung ke arah matlamat Strategi 3: Kenderaan Elektrik di bawah Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersama Kementerian Tenaga dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) juga telah melancarkan satu projek rintis kenderaan elektrik (EV) selama dua tahun.

    EV adalah salah satu dari 10 strategi utama di dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam sasaran bagi EV di dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim ialah menaikkan jumlah EV kepada 60 peratus dari jumlah keseluruhan tahunan kenderaan yang dijual di negara ini menjelang tahun 2035.

    Daripada jumlah sasaran tersebut terangnya, kira-kira 0.23 juta tan karbon dioksida dapat dielakkan sebanding dengan penanaman sebanyak 4.6 juta pokok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda