Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berganding bahu jaga kebersihan kampung

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Dalam usaha bagi menggalakkan setiap penduduk bagi sama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan kampung, Kampung Pelambayan dengan kerjasama Jabatan Muzium Brunei pagi tadi telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan kampung berkenaan.

    Ia merupakan antara usaha berterusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diharap dapat menyatukan penduduk-penduduk mukim dan kampung bagi sama-sama bekerjasama dalam menjaga kebersihan.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis ketika ditemui menjelaskan bahawa kempen tersebut diharap akan dapat memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai kepentingan aspek kebersihan dalam kehidupan manusia terutama sekali bagi mengelakkan dan mencegah daripada penyakit-penyakit yang boleh merebak secara luas.

    Selain bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menekankan kepentingan kebersihan, melalui kempen ini juga orang ramai dapat berfikir dengan cara yang lebih sihat dengan adanya pemandangan yang bersih dan aman.

    Di samping itu, suasana dan tempat yang bersih juga sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Kempen yang disertai oleh penduduk kampung berkenaan dan ahli dari Jabatan Muzium Brunei itu ditumpukan di kawasan Mukim Kota Batu, Muzium Teknologi Brunei dan kawasan kampung berdekatan.

    Yang Berhormat Awang Naim ketika menyertai kempen kebersihan berkenaan.
    Yang Berhormat Awang Naim ketika menyertai kempen kebersihan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda